SAJDA x EDU:
Gerbang Kecemerlangan Akademik
Anda di Malaysia
Pengenalan
SAJDA x EDU: Gerbang Kecemerlangan Akademik Anda di Malaysia
Merapatkan Impian dengan Pendidikan Tinggi Bertaraf Dunia
Impian anda untuk menggenggam segulung ijazah bertaraf dunia bermula di sini. Malaysia kini muncul sebagai hab pendidikan global yang menggabungkan universiti elit, kepelbagaian budaya, dan kos sara hidup yang berpatutan. Di SAJDA x EDU, kami menggabungkan kepakaran dalam pengurusan pelancongan dan selok-belok tempatan untuk membimbing pelajar luar negara yang berminat untuk melanjutkan pengajian mereka di Malaysia.
Sama ada anda mencari universiti berasaskan penyelidikan atau inovasi, SAJDA adalah rakan akademik anda di Malaysia.
Mengapa Memilih Malaysia?
Pengikhtirafan Global
Menjadi hub kepada universiti kelompok 100 terbaik dunia, Malaysia menawarkan kepelbagaian program akademik daripada peringkat praijazah hingga pascasiswazah yang mendapat pengiktirafan global.
Lokasi Strategik
Malaysia adalah sebuah negara pelbagai budaya, moden, selamat dan dinamik di Asia Tenggara.
Yuran Berpatutan
Universiti di Malaysia menawarkan kualiti pendidikan setaraf universiti terbaik dunia dengan yuran pengajian dan kos sara hidup yang jauh lebih rendah berbanding di United Kingdom, Amerika Syarikat, atau Australia.
Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Pengantar
Majoriti kursus pengajian dikendalikan dalam Bahasa Inggeris, memudahkan transisi bagi pelajar antarabangsa.
Harga Pakej
Harga berdasarkan pilihan bilik penginapan:
- Bilik Kuad (4 Orang)
- Bilik Triple (3 Orang)
- Bilik Double (2 Orang)
- RM11,090
- RM11,790
- RM13,090
Nota: Harga adalah untuk seorang peserta dan tidak termasuk caj tambahan bagi musim puncak dan bulan Ramadan.
Pakej Termasuk
- Termasuk Pasport & Visa
- Mekah - Hotel Al Safwah Royale
- Madinah - Hotel Rawdat Al Safwa
- Beg pakaian 30kg percuma
- Tempat Duduk Ekonomi Premium
- 3 Kali Makan
Perkhidmatan Kami
Pemilihan kursus yang tepat merupakan langkah penting bagi merealisasikan matlamat kerjaya impian anda. Pakar perunding kami sedia memberikan bimbingan untuk menyelaraskan aspirasi anda dengan bidang pilihan, sama ada pengajian Perubatan, Kejuruteraan, Perniagaan, sehinggalah Pengajian Islam dan lain-lain.
Urusan imigresen boleh menjadi rumit. Kami memudahkan proses ini dengan menguruskan permohonan visa pelajar anda melalui Education Malaysia Global Services (EMGS), bagi memastikan semua dokumen lengkap, dan dihantar tepat pada masanya.
Kami bukan sekadar mendapatkan tempat untuk anda di universiti; kami memastikan anda berasa seperti di negara sendiri. Pasukan kami menyediakan sokongan ketibaan, termasuk jemputan di lapangan terbang, bantuan mencari kediaman pelajar yang selamat, dan orientasi untuk membantu anda menyesuaikan diri dengan kehidupan di Malaysia.
Sebagai penyedia perkhidmatan pelancongan yang diyakini, kami menguruskan semua urusan penerbangan untuk pelajar dan keluarga, termasuk tempahan tiket dam bagasi.
Proses Permohonan Anda
01
Konsultasi
Berbincang dengan penasihat kami mengenai latar belakang akademik dan matlamat anda.
02
Permohonan
Kami menguruskan penyerahan dokumen anda ke universiti pilihan.
03
Tawaran & Visa
Sebaik sahaja anda menerima “Surat Tawaran”, kami akan memulakan proses permohonan visa.
04
Ketibaan
Selamat datang ke Malaysia! Kami akan menyambut anda di lapangan terbang dan membantu anda memulakan kembara akademik baharu.
Mulakan Kembara Akademik Anda Hari Ini
Pengambilan untuk tahun 2026 kini dibuka.
Brosur & Panduan
[Muat Turun: Panduan Universiti Malaysia]
[Muat Turun: Senarai Semak Visa Pelajar]